~ NUR ILLAHI ~

Wednesday, December 21, 2011

Thursday, November 10, 2011

Rahsia al - kautsar

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.


Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi. Perkara yg baik kita amalkan selalu.

Sebar2kan kepada kengkawan, terima kasih.

Wassallam

Thursday, June 23, 2011

Tok Imam dan 20 sen



"Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.



Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.



"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.


"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.



Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.


"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.


"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.


Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."


Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."



Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"



Sahabat-sahabatku sekalian...Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam. Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.Rujukan: iluvislam"

Tuesday, March 29, 2011

BERBALOI PENAT LELAH KU......from FB Wardina

Dear mums...
I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off... I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-


1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat


2)Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....

ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"


3)Selalu cerita how IMPORATAMT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....


4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)


5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.


Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what???? She was actually praying her Asar prayers...i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini. Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!!Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!! And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us! I love you all!!! Good night.....

Monday, March 7, 2011

Sebuah kisah untuk kita renung-renungkan!

Dikisahkan terdapat dua orang adik beradik lelaki. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba Allah yang soleh.

Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.Si abang agak pandai dan lebih berketerampilan dari adiknya. Saban hari dia berdoa agar Allah mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada Allah agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada Allah agar dirinya juga kaya raya dan nampak hebat di mata orang.

Si adik pula, tidak begitu pandai. Dia amat lambat dalam banyak hal. Untuk berdoa pun dia menyalin terlebih dahulu di kertas dan doa itulah yang dibaca setiap kali menunaikan sembahyang. Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengan si abang. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya membina kehidupannya sendiri.

Si abang akhirnya kaya raya, malah bertambah kaya apabila dia memasuki bidang bisnes. Dia sudah mula alpa dengan Allah, melewat-lewatkan solat, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada Allah. Kalau masuk dalam bab perniagaan dan kekayaan dunia, maka bersungguh-sungguh dia memohon doa ke hadrat Allah. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia sungguh istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan akademik yang tidak begitu baik, dia hanya mendapat kerja sederhana, dan terus menetap dan menjaga rumah pusaka. Si adik, walau bagaimana pun dia masih rajin beribadat dan kerap berdoa. Dia masih juga melihat kertas bila berdoa.Si abang tahu, adiknya rajin berdoa. Tapi si abang memerhatikan hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas di satu hari, ketika si abang menziarahi adiknya, si abang berkata dengan sombong:

“ Aku tengok hidup kau ni tidak pernah berubah. Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, semua doa aku Allah makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas mana nak khusyuk. Tak cukup hebat” tutur abang dengan sedikit lagak.

Adik tersenyum sahaja. Dia suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. Si adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan beradoa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, adik meninggal dunia. Ketika abang mengemas rumah pusaka, dia terjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Setelah membuka dan menatap isi kandungan kertas itu, air mata si abang gugur satu persatu. Dia merasa begitu hiba bila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abangku”

Ya Allah…Si abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada Allah dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan Allah SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada Allah malahan tidak meminta apa-apa pun untuk dirinya.

Dia hanya memohon agar segala doa abangnya dimakbulkan. Sedangkan dia sebagai abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan si adik.Si abang mula menyedari, rupanya,bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh Allah, lantas segala doanya menjadi makbul.